Wednesday 25 October 2017

Kluang Coffee Cap Televisyen - Kopi Paling Popular Di Kluang

Assalamualaikum dan hai!


Sewaktu Kembara Blogger tempoh hari, kita orang sempat singgah di Kluang Coffee Powder Factory di Jalan Mersing, Kluang. 


Daku sebagai peminat kopi memang excited lah bila dapat tengok sendiri pembuatan kopi serbuk dan kopi uncang dekat sini. Yang paling best, masuk je dalam kilang tu, terus saja bau kopi. Seronok!




Kopi Kluang adalah antara kopi yang sangat popular di Johor. Sebut saja Kopi Kluang, memang semua orang di Johor tahu kesedapannya. Hebat, kan?


Kluang memang terkenal dengan kopinya dan Sultan Johor sendiri pernah rasa kopi keluaran Kluang Coffee Cap Televisyen ni.








Nama kopi 'Cap Televisyen' itu sendiri punya maksud yang sangat sentimental dan menggamit memori. Mengikut apa yang dicerita oleh salah seorang staff di sini, nama Cap Televisyen ni tercipta sewaktu zaman 60-an. 

Nama Cap Televisyen ni diberi sempena penciptaan televisyen pada zaman tu. Tak ramai pun yang ada TV pada masa tu. Bila satu rumah ada TV, semua berkumpul dekat situ, tengok sama sama. Jadi founder Kopi Kluang ni dapat idea dari situ dan harap kopi dari Cap Televisyen dapat bawa orang ramai duduk minum bersama sama😊


Sama-sama menikmati kopi dari Kluang Coffee

Kopi Kluang adalah campuran Kopi Arabika (Arabica Coffee),Kopi Robusta (Robusta Coffee) dan Kopi Liberika (Liberica Coffee)



Biji kopi ada macam macam jenis sebenarnya. Yang paling popular adalah, Arabica, yang paling wangi bau dia, tapi tak pekat. Robusta, yang tak ada bau kopi sangat, tapi pekat. Liberica (biji kopi gajah dari Malaysia), pekat dan wangi.


Kluang Coffee blend 3 jenis biji kopi ni untuk jadikan uncang kopi O mereka lebih kaw dari biasa. Memang puas bila minum.

Kopi dari Malaysia (Kopi Gajah)

Robusta

Arabica

Terharu bila kesungguhan pemilik Kluang Cofee Powder Sdn Bhd, iaitu Goh Ah Kow untuk jadikan kopi Cap Televisyen sebagai satu yang menghubungkan orang ramai ini. Dan kejujuran niatnya telah berhasil kerana kopinya menambat hati bukan sahaja masyarakat Kluang dan Johor, tapi seluruh Malaysia. 

Ini adalah antara produk yang ada di Kluang Coffee Powder Factory. Kopi O dia memang pekat dan kaw! 





White Coffee yang tak kurang sedapnya

Dekat sana juga kami dibawa ke tempat pembuatan kopi O (hitam) dan tempat pembakaran kopi. Selama ni tahu minum saja, bila tengok sendiri macam mana serbuk kopi dihasilkan dekat sini, memang ianya jadi satu pengalaman yang berharga untuk kami. 


Para blogger dan media diberi penerangan tentang jenis kopi

Kopi yang dibakar dan akan dikisar menjadi serbuk kopi

Biji kopi dibakar


Mesin yang membuat packaging serbuk kopi O



Selesai tawaf satu kilang, masa untuk rasa sendiri keenakan kopi! Pihak Kluang Coffee sudah sediakan kopi O dan juga white coffee untuk kami pilih. Nak pilih dua-dua pun takpe. hehehe. Yang penting, kedua-dua kopi O dan white coffee dari Kluang Coffee ni memang sedap. Apatah lagi bila dimakan bersama nasi lemak ataupun roti bakar.



Sangat sesuai diminum bersama nasi lemak!

Kami suka kopi kluang cap televisyen!






Terima kasih Kluang Coffee! Memang terbaik lawatan ke sini. 





Haaa. tergoda tak dengan gambar ni? Nak order Kopi Cap Televisyen ni? Korang boleh terjah laman web;





 Peminat kopi wajib rasa aroma dan kesedapan kopi dari Kluang Coffee ini. Berbaloi!





Kluang Coffee Powder Factory
Sdn Bhd

(Company No : 587972-U)
76, Jalan Besar,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta'zim.
Malaysia.

Telephone 
+607-773 1943

Fax 
+607-776 4390

Email