Thursday 9 November 2017

Tayangan Filem Hebat Dari Itali Sempena Italian Film Festival 2017 Di TGV 1Utama

Assalamualaikum dan hai!




Bermula 6 November sehingga 12 November, empat filem hebat dari Itali akan ditayangkan di TGV 1Utama, TGV KLCC dan  Sunway Velocity Mall bersempena dengan Festival Filem Itali 2017. 
Empat filem hebat dari Italy untuk korang hadir dalam pelbagai genre. Tayangan filem-filem ni adalah anjuran bersama The Embassy of Italy Kuala Lumpur, The Italian Trade Agency Malaysia, Italy Malaysia Business Association (IMBA) dan juga TGV Cinemas.




Tujuan tayangan ini diadakan di Malaysia adalah untuk menambahkan pengetahuan dan penghargaan filem Itali berserta budaya di sana untuk menarik minat penonton tentang kepelbagaian filem dari Itali.


Perlancaran Festival Filem Itali 2017 telah berlangsung di INDULGE Lounge TGV Cinemas 1Utama dengan kehadiran lebih 200 tetamu yang terdiri daripada blogger tempatan, para media, Social Media Influencers, You Tubers popular, ratu cantik, TV & Radio Hosts, pengarah filem tempatan, peminat-peminat filem dan ramai lagi. 




Ucapan dari wakil Embassy of Italy in KL, H.E Ambassador Cristiano Maggipinto sebelum tayangan

Dah dapat tiket, jom menonton!


Di dalam INDULGE Lounge TVG 1Utama





Malam perlancaran dimeriahkan lagi dengan tayangan filem bergenre komedi yang menerima pelbagai anugerah di Itali iaitu 'La Mafia Uccida Solo D'Estate' bermaksud Mafia Only Kills In Summer. Filem itu sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar di Itali dan telah memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik di 27 European Film Awards. 

Haaa. Hebat, kan?







Bukan calang-calang filem yang dibawa dari Itali ni. 

Jika korang ada masa lapang sepanjang minggu ni, apa kata korang ke TGV Cinemas yang terpilih untuk menyaksikan filem-filem hebat ini secara PERCUMA!

Ada juga disediakan buffet masakan Italy hanya pada harga RM 25 (RM20 bagi pemegang kad ahli TGV). Buffet ini hanya disediakan di TGV One Utama, TGV KLCC dan TGV Sunway Velocity ya =)

Nak tengok detail movie lain yang ditayangkan? Jom terjah ITALIAN FILM FESTIVAL 2017 =)


Selamat Menonton!


1 comment:

Wak Lat said...

ingt itali ingt pizza.. hehehe